Ismen Nadim bin Isam

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Isman Nadim bin Isam yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma. Beliau telah dilahirkan pada (1969-04-28) 28 April 1969 (umur 50) dan merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.Antara hobi beliau ialah mencipta lagu dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau juga amat menggemari makanan yang pedas dan gulai kicap. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-Team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees).

Ismen Nadim bin Isam

Pekerjaan Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Isman Nadim bin Isam
Pengkarya berkait Kumpulan Hijjaz
Genre Nasyid
Tahun aktif 1997-kini